Pages

Wednesday, 11 April 2018

CONTOH PERSEMBAHAN TARIAN INANG




LATAR BELAKANG


  • Inang memberi pengertian sebagai pengasuh.
  • Tarian Inang memberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya peribadi seseorang wanita pengasuh.
  • Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.
  • Lenggok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang,Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan di dalam tarian tersebut. 


inang selendang
ayam didik

tari sapu tangan




LAMBANG DAN FUNGSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

  • Bagi orang Melayu, pakaian selain berfungsi sebagai penutup aurat dan pelindung tubuh dari panas dan dingin, juga menyerlahkan lambang-lambang yang membawa makna. Lambang-lambang itu mewujudkan nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakatnya.
  • Dengan sebatinya lambang-lambang budaya dengan pakaian, kedudukan dan peranan, pakaian menjadi sangat mustahak dalam kehidupan orang Melayu. Berbagai ketentuan adat mengatur tentang bentuk, corak (motif), warna, pemakaian, dan penggunaan pakaian. Ketentuan- ketentuan adat itu diwujudkan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak dan peribadi si pemakainya.
  • Pakaian Melayu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut mempunyai makna dan gunanya. ”Semuanya dikaitkan dengan norma sosial, agama, dan adat-istiadat sehingga pakaian berkembang dengan makna yang beraneka ragam. Makna pakaian Melayu juga dikaitkan dengan fungsinya, iaitu pakaian sebagai penutup malu, pakaian sebagai penjemput budi, dan pakaian sebagai penolak bala.
  • Dapat dilihat pada Baju Melayu Cekak Musang yang mempunyai 5 butang pada baju yang membawa maksud 5 Rukun Islam yang perlu dipatuhi oleh semua Umat Islam.
Baju Melayu Cekak Musang 

  • Baju Melayu Teluk Belanga yang mempunyai 1 butang pada baju pula bermaksud hanya Tuhan (ALLAH) yang wajib di sembah dan tiadalah yang lain yang wajib disembah. (Bagi Umat Islam)
Baju Melayu Teluk Belanga


  • Cucuk sanggul pula di katakan sebagai lambang pertahanan diri wanita. 


                     cucuk sanggul                          

  • Setelah memakai cucuk sanggul, selendang pula diletakkan di kepala sebagai simbolik kepada “melindungi diri” dan martabat seseorang wanita.
  • Tambahan, keronsang-keronsang yang dipin pada baju penari wanita atau selendang pula, memperlihatkan darjat seseorang.

ASAL-USUL


  • Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.
  • Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian Melayu. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.
  • Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.
  •  Kini tarian Mak Inang lebih dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dan seringkali dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

KOSTUM

Kostum penari wanita

  • Di dalam Tarian Inang, pakaian penari perempuan boleh dibahagikan kepada dua jenis pakaian iaitu pertamanya, baju kurung, yang siap dengan kain, baju dan selendang. Selendang dipakai dan dilekatkan di bahu dengan kemas dan biasanya tidak melingkar di leher pemakai. Dan kedua, baju kebaya labuh, yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang.                                
A) Baju Kurung                                                                                              B) Baju Kebaya
  • Panjang lengan baju adalah kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dikenakan oleh kaum perempuan dapat dilihat. Lebar lengan baju kira-kira tiga jari dari permukaan lengan. Kedalaman baju adalah bervariasi dari sampai batas betis atau sedikit ke atas, tetapi tidak singkat. Biasanya penari perempuan akan memegang sapu tangan kecil berwarna-warni sebagai tambahan bagi menyerikan tarian.
  • Bagi penari perempuan yang berpakaian lengkap, akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu, siput tegang, siput cekak, dan siput lintang. Boleh juga disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala.

RUJUKAN


Book
  1. Maruwiah Ahmad (2012). Tarian TradisionalTarian Inang. Malaysia. Get Smart Publisation.


Webpage
  1. Aariqas (2016).Tarian Inang. Retrieved https://1aariqaspf.weebly.com/inang/tarian-melayu-inang
  2. Aina Nabila Ahmad (2012). Tarian Inang. Retrieved https://www.slideshare.net/LolaBea/kostum-tarian-inang
  3. Ira Rushdan (2008). Tarian Tradisional Melayu. Retrieved https://www.slideshare.net/zalifahkpt6043/tarian-di-malaysia
  4. Nur Sabrina (2015). Sejarah tarian inang. Retrieved https://prezi.com/vvjo1agbxkln/tarian-inang/

KESIMPULAN


     Terdapat banyak lagi jenis - jenis tarian masyarakat malaysia.Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan tersendiri yang mengandungi kesenian dan kebudayaan.Generasi sekarang tidak lagi pandai untuk menarikan tarian – tarian tradisional,ia seperti ketinggalan zaman dan kurang mendapat perhatian.Oleh itu, diharapkan tarian tradisional ini akan terus ditarikan oleh generasi muda supaya tidak ditelan zaman serta dapat memartabatkan nama negara kita dipersada dunia.

CARA PERSEMBAHAN


  • Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping.
  • Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki mahupun penari wanita.
  • Tempo pergerakan Tarian Inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri.
  • Ianya ditarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempoh yang pantas dan di iringi dengan alat muzik REBANA, BIOLA, dan GENDANG