Pages

Wednesday 11 April 2018

KOSTUM

Kostum penari wanita

  • Di dalam Tarian Inang, pakaian penari perempuan boleh dibahagikan kepada dua jenis pakaian iaitu pertamanya, baju kurung, yang siap dengan kain, baju dan selendang. Selendang dipakai dan dilekatkan di bahu dengan kemas dan biasanya tidak melingkar di leher pemakai. Dan kedua, baju kebaya labuh, yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang.                                
A) Baju Kurung                                                                                              B) Baju Kebaya
  • Panjang lengan baju adalah kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dikenakan oleh kaum perempuan dapat dilihat. Lebar lengan baju kira-kira tiga jari dari permukaan lengan. Kedalaman baju adalah bervariasi dari sampai batas betis atau sedikit ke atas, tetapi tidak singkat. Biasanya penari perempuan akan memegang sapu tangan kecil berwarna-warni sebagai tambahan bagi menyerikan tarian.
  • Bagi penari perempuan yang berpakaian lengkap, akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu, siput tegang, siput cekak, dan siput lintang. Boleh juga disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala.

Kostum Penari Lelaki


  • Bagi penari Inang lelaki terdapat 3 jenis pakaian Melayu. Pertama, baju Melayu Cekak Musang yang terdiri dari samping, kain dan songkok. Baju ini biasa digunakan pada acara-acara keluarga seperti kenduri, perayaan dan aktiviti keramaian.
  • Kedua, baju Melayu Gunting Cina, baju ini biasa digunakan dalam situasi sehari-hari di rumah bagi acara yang tidak rasmi. Terakhir ialah baju Melayu Teluk Belanga, baju ini terdiri dari samping, kain, dan songkok.
  • Kebiasaannya penari Inang lelaki menggunapakai baju Melayu Cekak Musang mengikut kesesuaian majlis, yang biasanya melibatkan majlis-majlis formal.












0 comments:

Post a Comment