Pages

Wednesday 11 April 2018

LAMBANG DAN FUNGSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

  • Bagi orang Melayu, pakaian selain berfungsi sebagai penutup aurat dan pelindung tubuh dari panas dan dingin, juga menyerlahkan lambang-lambang yang membawa makna. Lambang-lambang itu mewujudkan nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi oleh masyarakatnya.
  • Dengan sebatinya lambang-lambang budaya dengan pakaian, kedudukan dan peranan, pakaian menjadi sangat mustahak dalam kehidupan orang Melayu. Berbagai ketentuan adat mengatur tentang bentuk, corak (motif), warna, pemakaian, dan penggunaan pakaian. Ketentuan- ketentuan adat itu diwujudkan untuk mendidik dan meningkatkan akhlak dan peribadi si pemakainya.
  • Pakaian Melayu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut mempunyai makna dan gunanya. ”Semuanya dikaitkan dengan norma sosial, agama, dan adat-istiadat sehingga pakaian berkembang dengan makna yang beraneka ragam. Makna pakaian Melayu juga dikaitkan dengan fungsinya, iaitu pakaian sebagai penutup malu, pakaian sebagai penjemput budi, dan pakaian sebagai penolak bala.
  • Dapat dilihat pada Baju Melayu Cekak Musang yang mempunyai 5 butang pada baju yang membawa maksud 5 Rukun Islam yang perlu dipatuhi oleh semua Umat Islam.
Baju Melayu Cekak Musang 

  • Baju Melayu Teluk Belanga yang mempunyai 1 butang pada baju pula bermaksud hanya Tuhan (ALLAH) yang wajib di sembah dan tiadalah yang lain yang wajib disembah. (Bagi Umat Islam)
Baju Melayu Teluk Belanga


  • Cucuk sanggul pula di katakan sebagai lambang pertahanan diri wanita. 


                     cucuk sanggul                          

  • Setelah memakai cucuk sanggul, selendang pula diletakkan di kepala sebagai simbolik kepada “melindungi diri” dan martabat seseorang wanita.
  • Tambahan, keronsang-keronsang yang dipin pada baju penari wanita atau selendang pula, memperlihatkan darjat seseorang.

0 comments:

Post a Comment